Extended Network Banners

Sabtu, 6 Jun 2009

Pilihan Allah yang terbaik,serahkan segala kpdNYA..

Buat renungan kita bersama,insyaallah.
Sahabatku, diriwayatkan bahawa seorang wanita
bernama Ummu Mahjul adalah seorang
pelacur. Dia biasa melayani lelaki dengan syarat
lelaki itu memberikan wang sebagai
imbalan kepadanya. Kemudian, ada seorang dari
kaum muslimin yang ingin mengahwini
wanita itu dan ia pun menyampaikan perkara itu
kepada Rasulullah SAW. Maka turunlah
ayat ini : "dan perempuan yang berzina tidak
dikahwini melainkan oleh lelaki yang
berzina atau lelaki musyrik. "
QS An-Nuur : 3
HR. Ahmad dan An Nasai
Sahabatku, alangkah benarnya penafsiran yang
diungkapkan tentang ayat ini bahawa
seorang fasik yang buruk yang biasa berbuat zina,
tidak tertarik untuk menikah dengan
wanita baik-baik. Akan tetapi, ia hanya ingin
menikahi wanita fasik yang berbuat buruk
seperti dirinya atau wanita musyrik. Wanita fasik
yang berbuat buruk tidak tertarik untuk
dinikahi oleh lelaki baik-baik dan mereka pun lari
darinya. Orang yang tertarik untuk
menikahinya adalah lelaki yang satu perangai
dengannya, iaitu sesama fasik dan musyrik.
Kaedah ini berlaku bagi kebanyakan orang,
meskipun tidak menutup kemungkinan
sebaliknya, seperti yang dikatakan orang, Hanya
orang yang bertakwa yang melakukan
kebaikan, tapi ada orang yang tidak bertakwa yang
melakukan kebaikan. Demikian juga
dalam kejadian ini.
Oleh kerana itu, wahai sahabatku, untuk apa
engkau membangkitkan auratmu di depan
umum? Untuk mendapat pacarkah? Untuk
mendapat suamikah? Bukankah membangkitkan
aurat di depan umum itu perbuatan zina? Apakah
engkau ingin mendapatkan suami / isteri
yang buruk perilakunya sama dengan
kelakuanmu? Bukankah engkau menuntut
kebahagiaan
sempurna? Lihatlah pasangan hidup yang
perilakunya sama-sama buruk, rumahtangga
mereka tidak dapat bertahan lama!
Wahai sahabatku, yakinlah dengan janji Allah
bahawa engkau akan di beri pasangan
terbaik jika engkau beriman dan bertakwa
padaNya. Dan adalah Allah tidak pernah
sedikit pun menyalahi janjiNya sendiri.
Wallah'alam.

Tiada ulasan:

jomm santai2 dengar lagu~