Extended Network Banners

Jumaat, 28 Ogos 2009

urmmm...

Bila muhasabah kembali minda berfikir,
"kenapa aku mesti marah?" monologku di dalam hati.
Pelbagai alasan berlegar2 menunggu saatnya
gunung berapi meluahkan laharnya yg tidak tertanggung oleh si hati.
mengapakah, sesetengah insan tidak senang melihat saudaranya gembira.
Di manakah nilainya Ukhuwah yg di gembar gemburkan selama ini?
Apakah dengan cara itu hatimu boleh bahagia dengan
melihat air mata dan kesakitan y di tanggung
oleh insan lain?!!... Pasti setiap insan punya jawapan mereka tersendiri...

Firman ALLAH dalam surah Al Baqarah ayat 153 :

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar"

"Ohh...Allah berikan aku secebis ketenangan buat sang hati "...ameen.

ALLAHU AKHBAR!!!...

Maha Pemurah lagi Maha Penyayangnya ALLAH kerna begitu saja perasaan ini (baca : marah ) maka dipujuknya kita dengan Surat Cinta-NYA ( Baca : Al-Quran ). marilah sahabat2ku sekalian....Pujuk dirimu sendiri, tersenyumlah dengan seikhlasnya utk hati agar kite same2 mendapat ketenangan bagi menghadapi onak duri yg menanti di setiap detik perjalanan yg panjang ini. ALLAH s.w.t itu maha pengampun dan sentiasa bersama2 kita,Allah tidak akan meninggalkan kita walaupun datang dosa2 kita seluas langit dan bumi kerana Kasih Sayangnya ALLAH melebihi kemurkaan-NYA.

Firman ALLAH dalam surah At- tAUBAH AYAT 40:

“Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”.



Sahabat2ku fillah...

teori duniawi mengajar kita bahawa tidak semua orang menyukai diri kita dan juga ada insan2 y bertepuk tangan tatkala melihat kita jatuh tersungkur ke bumi. Pasti ketika itu, kita merasai betapa sakitnya hati ini apabila terasa bagai hilangnya kasih sayang dan nilai persaudaraan walau kita seaqidah.Jika y mempunyai skill dalam martial arts terasa betapa ringannya kaki utk mengflying kick susuk tubuh y mencetuskan api2 kemarahan dan kebencian di dalam hati...Namun berbaloikah kita dengan menyakiti insan itu, hati kita puas???..... ( jawablah dengan suara imanmu ).

Al-Imam an-Nawawi memasukkan dalam Matan al-Arba`in, sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Malik al-Harith bin `Asim al-Asy`ari r.a. katanya:

Telah bersabda Rasulullah s.a.w.:

“Suci itu sebahagian iman, dan Alhamdulillah memenuhi timbangan. Subhanallah dan Alhamdulillah kedua-duanya memenuhi ruang antara langit dan bumi. Sembahyang itu cahaya dan sedekah itu keterangan. Sabar itu sinaran, al-Quran itu hujah (dalil) bagimu dan atasmu. Sekalian manusia itu pada waktu pagi ada orang yang menjual dirinya, lalu dimerdekakannya atau dibinasakannya.” (Riwayat Muslim).

Sahabat2ku yg dikasihi ALLAH sekalian...

Usahlah api kemarahan yg tercetus dek dugaan
yg menimpamu memakan ranting2 kayu keimanan yg
sudah dikau bajai dengan zikrullahmu kpd Si Kekasih.
Dan usahlah kemarahan dan perasaan benci yg
hadir dari insan lain melemahkan senyuman di
bibirmu untuk tetap mekar dengan baja keikhlasan.
Redha dan Sabar...sabar...sabar..Solatlah mohon
pertolongan dan kekuatan dari-NYA yg sentiasa menanti
kehadiran kita dengan penuh Kasih Sayang.


Untuk diri yg sedang belajar erti sabar...

Bermujahadahlah kamu...Rajin2kan dirimu mentadabur
Surat Cinta-NYA & Hiburkan hatimu dengan
Sirah Rasulullah S.A.W. Idola terbaik untuk di contohi..
usah bersedih & berputus asa kerana dunia pasti kiamat akhirnya...
dan dikau pasti kan kembali pulang kepada Penciptamu...
Tenanglah wahai hati....kerana dengan mengingati
ALLAH hati2 akan menjadi Tenang....


Wallahu a'lam..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Benar ape kau postkan disini duhai sahabat...serahkan segala pd Allah Yg Esa..sesungguhnya die lbh mengetahui hati hambanya..bykkn bersabar...

jomm santai2 dengar lagu~