Extended Network Banners

Khamis, 17 September 2009

terfikir sejenak..


Hidup memerlukan pengorbananan.
Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang
di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat
sang pungguk melepas rindu dan
hanya layak dibuat kayu api.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan.
Manusia boleh membentuk
seribu kata-kata, seribu bahasa.
Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatuatau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita.
Ia
adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya
bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak
sanggup menerima penderitaan.

1 ulasan:

azli berkata...

Salam Ramadan dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com

Salam lembaran Aidil fitri Maaf zahir Batin sesungguhnya aku ade buat salah terkasar bahasa harap di ampun... salam kenalan…….

Lemang lontong ketupat laksa,
kuih semprit kuih koya,
Sebulan sudah lama berpuasa,
Tiba masa untuk merayakannya,

"Ramailah orang memasang pelita,
berbaju melayu cantik ceria,
Salam dihulur kemaafan dipinta,
Menyambut aidilfitri hari mulia"

Maaf kerana lama tak berkunjung diblog korang kerana aku kesibukan disaat kerja-kerja-akhir di bengkel.. sorry.. aku tetap mengingati kalian semua.. my friends.. sincere azli…

jomm santai2 dengar lagu~