Extended Network Banners

Khamis, 31 Disember 2009

cinta y terpendam~

kisah tentang temanku~

"andai itu suratan takdir, aku redha dengan keentuan ilahi..", itulah kata-kata terakhir zarul setelah mengetahui bahawa selama ini bukan hanya dia yang memendam rase akan tetapi gadis yang dicintainya turut punya rasa yang sama sepertinya.

natasya, seorang gadis desa yang sederhana, berbudi pekerti mulia dan nilai ketimuran yang tinggi. walau rupanya tidak seindah pekertinya, namun inilah wanita bertuah yang memiliki cinta seorang lelaki bernama zarul.
mereka berkawan sejak dibangku sekolah lagi..apabila tamat UPSR, zarul menyambung pelajarannya di sek.men.ugama tarbiah mardhiah, dan sejak itulah dia mula berutus surat dengan natasya. namun pada awalnya mereka hanyalah sahabat yang tak punya apa-apa rasa antara satu sama lain.

masa telah mengubah segalanya..ketika di usia 14 tahun, suatu kesulitan telah melanda hidup zarul yang membuatkan jiwanya punah. pada ketika itu hanya natasya seorang sahaja sahabatnya, yang sering memberi sokongan dan nasihat buat dirinya. tanpa disedari kesulitan yang menimpa zarul telah membibitkan rasa kasih dan cinta antara mereka berdua. sejak itulah zarul jatuh cinta kepada natasya.

masa pantas berlalu, dan kini zarul dan natasya sudah pun menghabiskan zaman persekolahan mereka. pada hari keputusan SPM diumumkan teringat zarul akan isi kandungan surat yang pernah dikirimkan natasya padanya, "rul, nanty kita masuk tingkatan enam sama-sama ya..". zarul tersenyum mengingatkan janji mereka itu dan tidak sabar untuk meneruskan pelajarannya di tingkatan enam bersama cinta hatinya.

hari demi hari berlalu, apabila zarul mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di tingkatan enam, dia turut menerima sekeping warkah dari natasya yang mnyatakan dia tidak dapat menunaikan janji mereka dan meminta zarul menunaikan janji itu. zarul menunaikan janjinya.

pada tahun pertama prestasi pelajaran zarul tidak memuaskan.dan khabar tentang pelajaran zarul y kurang memuaskan ini telah di ketahui oleh natasya.Apabila mendapat khabar tentang itu,natasyatelah mengajak zarul untuk bertemu setelah hampir tujuh tahun tidak pernah bersua muka. tidak banyak bicara yang meniti bibir mereka semasa pertemuan itu, mungkin kerana terlalu rindu atau mungkin kerana masing-masing malu untuk mengungkapkan kata.

kini cume tinggal lagi beberapa bulan sahaja untuk zarul menduduki peperiksaan STPM.
dia berusaha keras untuk mendapat keputusan cemerlang..akhirnya,STPM telah pun tamat dan zarul telah mendapat keputusan y amat cmerlang dan menjadi pelajar terbaek di sekolahnya.

khabar gembira itu telah di khabarkan kepada natasya melalui telefon...
begitue gembiranya hati natasya ketika mendengar suara zarul y di dalam kegembiraan..

selang beberapa hari dari keputusan STPM keluar,natasya telah memberitahu zarul bahawa hatinya sudah dimiliki, dan zarul tidak melakukan apa-apa malah zarul turut mengada-adakn cerita bahawa dia juga sudah berpunya walaupun sebenarnya hatinya itu milik natasya, hatinya musnah dek pengakuan natasya itu namun dia rela demi kebahagiaan insan yang paling dia cintai.

sejak dari itu mereka kurang berhubung. namun cinta zarul tidak pernah berubah. setelah dua tahun natasya bersama kekasih hatinya, mereka membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan. ketika natasya menyampaikan hasrat hatinya ini kepada ibunya, ibunya sempat bertanya, "bagaimana dengan zarul?", natasya menjawab, "tak tahulah ummi, dia tak pernah cakap yang dia sukakan na.".

setelah tiga bulan bergelar tunangan orang,di usia hampir 23 natasyamerasakan kini sampailah masa untuk mereka meninggalkan zaman bujangnya dan berumah tangga. malam sebelum natasya diijab kabulkan, zarul menelefon natasya buat kali terakhir sebelum dia bergelar isteri orang. setelah selesai mengucapkan tahniah, hatinya tergerak untuk memberitahu natasya tentang perasaannya kepada natasya, dan tasya turut menyatakan bahawa selama ini dia juga memendam rasa yang sama tetapi dia hanya menunggu kata-kata keramat ini datang dari mulut zikri. namun kini semuanya sudah terlambat, kerana esok dia akan menjadi isteri kepada tunangannya.

semenjak itu, zarul tidak lagi menghubungi tasya kerana bimbang akan merosakkan rumah tangganya. zarul pergi ke borneo membawa hati yang luka dan demi melupakan semua kenangannya. namun hingga kini dia belum dapat menggantikan tempat natasya, dan dia pernah berjanji, yang dia sanggup menerima natasya walaupun dia telah bergelar janda.

zarul redha dengan semua ini, dan hingga kini dia masih menanti. bila dia dikatakan bodoh oleh teman-tamannya yang tahu akan cerita hidupnya ini, dia menjawab, "cinta yang terpendam itu lebih terpelihara kesuciannya berbanding cinta yang selalu terungkap yang memungkinkan kata-kata cinta yang manis itu menjadi tawar kerana telah sering menyapa telinga dan kadang-kadang susah untuk dinilai keikhlasannya."

zarul sentiasa membace nasihat2 dan pesan yg sering tasya perkatakan di dalam setiap surat kirimannya..tasya sering mengingatkan setiap kali 1muharam menjelma,dipesannya zarul supaya menunaikan solat taubat..sentiasa memberikan kata2 semangat kepada zarul..dan juga sentiasa mengingatkan zarul tentang pendekatan diri kepada Allah s.w.t~
Oleh kerana sikap dan sifat tasya y sering mengambil berat dan mengingatkan zarul tentang hal2 y berkaitan dengan ugamalah y menyebabkan zarul terpaut hati pada tasya...
walaupun tasya seorg gadis y sedeehana dan kecantikan nya tidaklah secantek erra fazira,akan tetapi,tasya mempunyai hati y cantik..pandai menjaga setiap tutur katanya,pergaulannya,auratnya serta solatnya... pendek kate,tasya mempunyai ciri2 wanita solehah y sesuai di jadikan teman sehidup semati... =)

walaupun kini masih ramai gadis y mempunyai penampilan y menarik dan raut wajah y cantik inginkan zarul,tetapi hati zarul sukar untuk menerimanya..Kini,zarul hanya menunggu dan sentiasa berdoa agar pintu hatinya akan terbuka untuk seorang gadis y solehah..y bisa menjadi ibu y baek terhadap anak2 zarul dan menjadi isteri y baek untuk zarul~insyaAllah~

semoga zarul di pertemukan jodohnya~insyaAllah~

Tiada ulasan:

jomm santai2 dengar lagu~