Extended Network Banners

Khamis, 25 Mac 2010

=)





Tuhanku, ketika hati sedang menangis
hanya Engkau saja yang tahu,betapa merananya diriku
tak mungkin yang lain tahu...

Tuhanku, ketika mereka meninggalkan aku
sendiri terkapai-kapai ,ketika dunia tiada simpati
kau tetap mendengar rintihanku..padaMu tempatku menagih kasih
ketenangan kurasa mendekatiMu ..syahdu malam tak terasa sunyi...

Tuhanku, ketika aku dalam kepayahan
keseorangan dihimpit beban derita
Kau beri aku kesabaran,pengalaman mengajar erti kematangan
lantas kau membuka pintu hatiku
untuk memberi kemaafan pada mereka yan pernah melukakanku..
pada mereka yang terus melukakanku...
dan pada mereka yang tersedar kerana melukakan..

Tuhanku,ketika aku buntu,keliru dengan masa depanku
kau berikan aku kekuatan.Kau tunjukkan aku jalan
peluang kedua yang sungguh bermakna
sebagai penyuluh hidupku,menebus usia yang sia-sia
mengganti semalam yang pergi,memperbaiki kelemahan diri
mempelajari pengajaran dari kesilapan
menimbus kekecewaan dan dendam

Moga tiada lagi aku,bercita-cita lemas di laut
atau terlanjur menelan berlebihan pil
sungguh pelik bunyinya tetapi benar
hanya kau saja yang mengerti
hatiku terseksa sekian lama
kini akhirnya bangkit semula
melupakan episod terakhir
dan menyambut lembaran baru...

Tuhanku Yang Maha Pengasih
rahmatMu tak terkira,syukurku melangit pun tak tercapai
sungguh aku rasa berdosa,kerana dulu sering terlalai
semoga penyesalanku kau terima...



takecare always
happy always
senyum sokmo
good luck
..baik baik slalu des
..



Tiada ulasan:

jomm santai2 dengar lagu~